Dewasa ini, isu penuntut Islam di IPTA/S semakin rancak diperkatakan, daripada masalah gejala sosial seperti berzina, berkhalwat, “clubbing” hinggalah kepada isu etika pemakaian di universiti yang dikatakan tidak menepati kehendak tatacara atau etika sebagai seorang pelajar IPT.
Pemakaian pelajar IPT khususnya yang beragama Islam seperti mula kembali ke zaman primitif atau zaman nomad. Ini adalah kerana pakaian yang dipakai agak ketat dan menampakkan susuk tabuh yang sepatutnya tidak dizahirkan, pakaian yang jarang serta pakaian yang menarik perhatian, pakaian menjolok mata yang boleh dikategorikan sebagai tidak sopan terutamanya bagi wanita Islam.
Buku panduan pelajar yang diberikan kepada mereka hanya dijadikan khazanah untuk disimpan di muzium. Buku panduan ini antara lain telah menetapkan etika berpakaian yang betul kepada semua pelajar secara selaras sama ada bangsa Melayu,
Kita dapat lihat antara punca menyebabkan pelajar IPT tidak lagi berpakaian sopan adalah disebabkan beberapa faktor seperti terpengaruh dgn pakaian artis-astis tempatan dan juga luar negara. Artis ini dijadikan idola sesetengah pelajar IPT, lantaran daripada itu segala tingkahlaku artis akan
Seharusnya sebagai penuntut yang beragama Islam kita perlu mengkaji setiap fesyen dan tren yang diperkenalkan dari sudut agama Islam. Pihak-pihak bertanggungjawab haruslah memainkan peranan terutama pihak IPT. Penguatkuasan terhadap pelajar IPT yang melanggar etika ini perlulah dilaksanakan kuatkuasakan agar kredibiliti IPT terjamin dimata masyarakat. Jika etika pemakaian ini hanya dijadikan paparan dalam buku panduan atau dinding fakulti dan bangunan pentadbiran tanpa dilaksanakan, maka adalah wajar etika pemakaian tersebut dijadikan monumen sejarah untuk pameran dalam muzium dan bukan dalam IPT.
Etika pemakaian ini haruslah dititik beratkan lagi sewaktu pelajar mula-mula menjejakkan kaki ke IPT seperti sewaktu Minggu Mesra Mahasiswa di peringkat IPT. Dikalangan pelajar IPT sendiri perlulah wujud kesedaran dan tanggungjawab untuk melaksanakan etika pemakaian tersebut untuk meningkatkan nilai dan intergriti seorang yang bergelar pelajar Islam.
Melihat dari kaca mata Islam, dalam buku “ADAB DAN PERGAULAN ANTARA LELAKI DAN WANITA” karangan Hamidah Mat meletakkan garis panduan menutup aurat iaitu menutup aurat yang ditetapkan , pakaian yang longgar, pakaian yang tidak jarang dan bukan pakaian yang menarik perhatian. Jika seseorang wanita itu berpakaian ketat dan menampakkan bentuk tubuh maka pemakaian tersebut belum memenuhi kehendak syarak. Aisyah r.a telah meriwayatkan bahawa saudaranya, Asma’ pernah masuk ke rumah Rasulullah s.a.w dengan pakaian nipis sehingga nampak kulitnya. Rasulullah s.a.w berpaling dan bersabda :
Maksudnya:
“ wahai Asmak, sesungguhnya seorang wanita apabila baligh, dia tidak patut memperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini, sambil baginda menunjukkan muka dan kedua-dua tapak tangannya.” Hadis Riwayat Abu Daud.
Perkara ini bolehlah dijadikan kayu ukur untuk pelajar IPT yang beragama Islam agar larangan Syarak tidak dilanggar. Nilai wanita bukanlah hanya pada pakaian tetapi pada akhlak dan tingkahlaku, ini kerana etika pakaian juga boleh dikatogarikan dalam akhlak. Sabda Rasulullah s.a.w :
Maksudnya : “ sesungguhnya dunia itu semuanya kenikmatan bersifat sementara. Sebaik-baik kenikmatan dunia adalah wanita solehah.” Hadis Riwayat Ahmad dan juga Muslim, Abu Daud, Al-Tirmizi, Al-Nasaai.
1 comments:
salam
sewajarnya pusat-pusat ilmu menjd cntoh dalam etika pemakaian.
budaya pemakaian sopan perlu ada di ipt kerana menjaga sensetiviti sesetengah pihak..bayangkan jika ke kuliah dengan pakaian yang seksi dan menampakkan sebahgin badan.tidakkah ia akan mengangu konsenterasi individu lain. pasti mata akan hanya memandang dan timbul rasa tidak puas hati???
bagaimana ingin menuntut ilmu jika adab tidak dijaga?? bukan kah menutup aurat itu satu cara untuk kita memudahkan ilmu itu diterima masuk dalam diri kita...
Post a Comment