Thursday, October 23, 2008

ISu PEngHayAtan ISlaM

Penghayatan al-Quran ke arah membasmi gejala sosial

PERMASALAHAN sosial yang melanda remaja hari ini adalah merupakan satu isu yang telah banyak diperkatakan, di mana pelbagai pendekatan telah diambil untuk menangani masalah ini dari terus merebak di kalangan remaja kita.Satu hakikat yang tidak dapat dinafikan adalah remaja hari ini adalah merupakan bakal pemimpin di masa depan, dan oleh yang demikian, masalah sosial di kalangan mereka sudah seharusnya diberi keutamaan untuk diselesaikan.Walaupun pelbagai pendekatan dikatakan mampu menangani masalah ini, namun tidak dapat kita nafikan bahawa satu pendekatan yang paling baik dan berkesan adalah menerusi pendekatan agama.

Hakikat bahawa pegangan agama yang utuh mampu mengelakkan anak-anak kita dari terjebak dalam kancah gejala sosial sememangnya diakui ramai, termasuklah di kalangan golongan pendidik.Salah satu cara yang dilihat mampu menanamkan pegangan agama yang kental di sanubari anak-anak adalah menerusi al-Quran. Ini bukan setakat membaca semata-mata tetapi lebih kepada pemahaman dan penhayatan segala apa yang terkandung dalam kitab suci tersebut.Mungkinkah segala permasalahan sosial yang kita saksikan hari ini adalah berpunca dari hakikat bahawa semakin ramai anak-anak kita yang sudah tidak mendekati al-Quran? Mungkinkah segala permasalahan ini berpunca dari penghayatan al-Quran yang semakin longgar?Yang pastinya, penyelesaian yang dicari tidak mungkin akan dapat ditemui sekiranya kita hanya setakat mencari sebab-musababnya tanpa melakukan sesuatu yang proaktif bagi mengatasi masalah tersebut.

Pendidikan agama serta penghayatan al-Quran yang kurang mantap adalah salah satu faktor penyebab dalam keruntuhan akhlak remaja hari ini.'Kitab suci al-Quran merupakan satu panduan serta pedoman untuk setiap umat manusia sehingga akhir zaman di mana penghayatan al-Quran yang kukuh akan memastikan kejayaan seseorang, bukan saja di dunia bahkan juga di akhirat sebagaimana Firman Allah dalam surah al-Isra’ ayat 9 yang bermaksud :"Sesungguhnya al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam) dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.

Kesimpulannya, penghayatan al-Quran akan dapat membina kualiti pembangunan modal insan selain dapat menyumbang kepada pembentukan ummah yang lebih cemerlang. Dan dalam konteks para remaja pula, ia akan menjadi ibarat benteng kukuh yang akan melindungi mereka dari godaan hawa nafsu yang sekiranya tidak dikekang akan menyebabkan mereka terlontar ke lembah kehinaan.

1 comments:

izzah said...

Salam...
Ye benar saya bersetuju bahawa dengan penghayatan al-Quran boleh membasmi masalah gejala sosial. Sebagaimana yang kita tahu, al-Quran merupakan sumber rujukan utama dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya, setiap penyakit ada ubatnya. Dan semuanya ada di sebut dalam al-Quran, Kitab Suci Allah. Moga-moga penghayatan kita terhadap al-Quran mampu membawa kita ke arah kebahagiaan dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat..Amin.