Wednesday, October 22, 2008

Isu Pendidikan Anak-Anak



Anak-Anak Harta Paling Berharga

Anak-anak merupakan anugerah yang tidak ternilai yang dikirimkan oleh Allah kepada ibu bapa sebagai rahmat dan ujian buat mereka. Anak-anak jika dididik dengan didikan yang sempurna berlandaskan syariat akan menjadi rahmat bagi ibu manakala sebaliknya akan menjadi ujian buat keduanya. Hari ini, jika diteliti golongan anak-anak terutama pada peringkat remaja semakin ramai yang terjebak dalam gejala yang kurang sihat. Persoalannya siapakah yang bersalah?. Dalam konteks dunia serba maju ibu bapa tidak boleh menyalahkan anak,atau guru sepenuhnya. Malahan mereka perlu muhasabah kemungkinan adanya lompong-lompong kosong yang tidak diisi dalam diri anak-anak.

Justeru itu, mari kita melihat beberapa aspek yang penting dalam mendidik anak-anak khasnya remaja Islam yang keadaan sosialnya semakin meruncing. Aspek pertama dari segi masa berkualiti yang diperuntukkan untuk bersama anak-anak. Ibu bapa seharusnya menggunakan masa yang berkualiti untuk mendampingi anak-anak dan berbicara serta serta berbincang bersama-sama mereka tentang diri mereka. Anak-anak akan berasa gembira dan dihargai apabila ibu bapa mereka memberikan perhatian kepada mereka. Ini akan mengurangkan mereka dari mencari hiburan luar yang tidak sihat sekiranya mereka menghadapi masalah.

Aspek kedua pula ialah, membantu anak-anak mengetahui matlamat penciptaan dirinya oleh Allah s.w.t. Ibu bapa perlu sentiasa membantu anak-anak memahami apakah matlamt penciptaannya, ke mana arah tujunya dan siapakah dirinya yang sebenar. Ibu bapa juga berperanan membantu anak-anak melihat dan mengeluarkan potensi diri mereka sebagai khalifah yang dijadikan Allah s.w.t untuk memakmurkan dunia ini. Sekiranya anak-anak memahami kosep ini, maka tidak akan berlaku lagi masalah sosial dan keruntuhan akhlak di kalangan generasi umat Islam pada hari ini.

Aspek ketiga dalam mendidik anak-anak, ialah ibu bapa perlu menjadi uswatun hasnah iaitu contoh tauladan yang terbaik bagi anak-anak. Kerana anak-anak yang cemerlang lahirnya daripada ibu bapa yang cemerlang dari segala aspek kehidupan. Ibu bapa perlu ingat bahawa didikan anak-anak adalah melalui tauladan dan bukannya paksaan. Jika ibu bapa inginkan anak-anak sempurna maka mereka terlebih dahulu perlu sempurna. Misalnya inginkan anak berkelakuan baik tidak mencukupi seandaikan ibu bapa tidak berkelakuan seperti yang diinginkan. Ibu bapa harus sedar 80 % pembelajaran adalah melalui visual bukan melalui pendengaran. Kerana itulah role model yang terbaik adalah melalui contoh tauladan. Anak-anak sudah pasti menjadikan ibu bapa sebagai salah satu model mereka kerana bagi mereka ibu bapa adalah yang paling hebat.

Akhirnya, aspek yang paling penting ialah membekalkan anak-anak dengan bekalan akhirat yang secukupnya. Sememangnya tidak dinafikan ramai ibu bapa mengatakan mereka telah memberikan didikan agama yang paling baik kepada anak-anak. Namun yang hairannya mengapa mereka masih terlibat dalam gejala yang tidak sihat. Sebenarnya ini adalah kerana kurangnya penghayatan agama dalam diri anak-anak. Walaupun penghayatan merupakan perkara subjektif untuk diukur, ibu bapalah yang mampu untuk membantu anak-anak untuk memahami tentang agama dengan membantu mereka melihat apakah matlamat hidup mereka sebenarnya. Pengamalan amalan berunsur keislaman di dalam rumah tangga turut membantu anak-anak dalam membekalkan jiwa mereka untuk berada di atas jalan yang benar.

Kesimpulannya, didikan anak-anak bermula dari rumah. Keperibadiaan anak-anak akan melambangkan ibu bapa mereka. Jadi bukan mudah untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang bergelar khalifah di muka bumi Allah ini. Hanya dengan kesabaran serta kesungguhan yang tinggi dari ibu bapa serta mengharapkan pertolongan dan kerhedaan Illahi sahaja yang mampu untuk menjadikan anak-anak sebagai khair ummah yang dikehendaki oleh Allah s.w.t. Wallahu a’lam.

2 comments:

eiYLa said...

Isu pendidikan anak-anak merupakan topik yang hangat dibincangkan kini.Ini adalah disebabkan ramai anak-anak yang pincang akhlak disebabkan kegagalan ibu bapa dalam memberi pendidikan yang terbaik untuk anak-anak.Semua golongan masyarakat harus sedar tentang situasi ini dan perlu mencari jalan penyelesaian untuk memikirkan bagaimana cara yang terbaik dalam memdidik anak-anak bagi melahirkan insan yang cemerlang sakhsiah dan akademik.

sinarnurani said...

salam..seperti yang kite tau anak-anak merupakan aset paling berharga bagi kedua ibu bapa..oleh itu, pendidikan yang baik perlu diberikan kepada anak-anak. ibu bapa perlu memperuntukan masa untuk bersama anak-anak2. ape yang paling penting dalam mendidik anak2 ialah agama itu sendiri. esok norma pun mesti nak ada anak kan.hehehe...ape yang penting pendidikan anak2 tu ialah agama k